Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 terpakai terhadap golongan lelaki


Sebelum ini masyarakat banyak mendengar keganasan rumah tangga melibatkan penderaan isteri kepada suami.

Namun, kes perbicaraan saman fitnah bekas pasangan pelakon popular Hollywood, Johnny Depp dan Amber Heard baru-baru ini, membuka mata masyarakat bahawa kaum suami turut turut menjadi mangsa dera isteri. 

Keganasan rumah tangga terhadap golongan suami berlaku tanpa mengira kaum dan agama. Ada antara mereka bukan sahaja ditampar, dipukul dan dibelasah, malah sering diterajang hingga mengalami kecederaan. Penderaan dialami bukan sahaja dari segi fizikal tetapi yang lebih teruk adalah mental termasuk sering dihina, dikawal isteri hingga tidak dibenarkan berjumpa ibu bapa sendiri, selain terpaksa memberi wang belanja lebih daripada kemampuan. 

Kes dera suami ni jarang kita nampak ini kerana :

1. Malu untuk bercakap

2. Terima Ugutan bunuh diri daripada isteri

3. Fikir akan keselamatan anak-anak & masa depan mereka.

Ingat undang-undang sama untuk semua, mereka perlu bertindak segera dan boleh memilih untuk membuat laporan polis atau memohon perintah injunksi interim daripada mahkamah.

Mereka juga ada pilihan untuk gagal menuntut nusyuz terhadap isteri atau memohon perceraian.

Mereka yang ingin mendapatkan bantuan boleh menghubungi Sheikh Faleigh di talian 016-263 1293 atau layari Facebook "Persatuan Hak Bapa Malaysia".

Jgn lupa follow page saya untuk dapatkan banyak maklumat yang penting!


#DrMK

#MakkalKural

#SuaraRakyat

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BOLEHKAH AMBULANCE LANGGAR LAMPU ISYARAT MERAH KETIKA DALAM KECEMASAN?

"BODY SHAMING" adalah jenayah!

Calling "SAYANG" in workplace now counts as sexual harassment!